fbpx

Budaya Sarapan di Malaysia, kebaya diinskripsi Disember ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Muda (tengah) ketika merasmikan Program Road to UNESCO Meraikan Warisan Kita, hari ini.- Foto oleh ILHAM ZAKARIA

SUBANG – Pencalonan Budaya Sarapan di Malaysia dan pakaian tradisional kebaya sebagai warisan budaya tidak ketara di bawah Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), akan diinskripsi Disember ini.

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Warisan Negara (JWN), Mohamad Muda Bahadin, Budaya Sarapan di Malaysia dan Kebaya telah dicalonkan ke UNESCO pada tahun lalu.

“Kedua-dua pencalonan itu akan diinskripsi pada Disember ini semasa sesi ke-19 ‘Intergovernmental Committee for the Safeguarding of the Intangible Cultural Heritage’ yang akan diadakan di Asuncion, Paraguay.

“Sehubungan itu, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui JWN menggalakkan aktiviti Budaya Sarapan di Malaysia dan Kebaya menerusi penganjuran program Road to UNESCO: Meraikan Warisan Kita,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan program Road to UNESCO: Meraikan Warisan Kita, di sini hari ini.

Tambah beliau, program yang berlangsung selama dua hari bermula pada 5 dan 6 Oktober itu bertujuan untuk menyokong dua pencalonan tersebut dan dihadiri hampir 4,000 pengunjung.

Selain itu, Mohamad Muda berkata, Road to UNESCO juga merupakan usaha yang dilaksanakan oleh JWN untuk mempromosi, melindungi dan mendokumentasi kepelbagaian warisan kebudayaan tidak ketara tempatan yang telah mendapat pengiktirafan UNESCO.

“Ia termasuklah Mak Yong (2005), Dondang Sayang (2018), Silat (2019), Upacara Wangkang (2020), Pantun (2020), Songket (2021) dan Mek Mulung (2023),” katanya.

“Road to UNESCO turut menampilkan Wayang Kulit Kelantan yang telah dicalonkan ke UNESCO pada tahun 2024 serta Tarian Singa dan Chingay yang akan dicalonkan pada tahun 2025,” katanya.

Mohamad Muda berkata, Kebaya merupakan pencalonan Malaysia bersama empat lagi negara jiran iaitu Brunei, Indonesia, Singapura dan Thailand.

“Pencalonan bersama ini mengeratkan lagi hubungan bersama rakan-rakan negara ASEAN dan juga dapat mengukuhkan perpaduan, keharmonian sesama masyarakat.

“Kita juga akan bekerjasama bersama negara China untuk pencalonan Tarian Singa, manakala dengan Singapura untuk Chingay yang mana masing-masing akan dicalonkan pada tahun hadapan,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, JWN terus komited menganjurkan pelbagai program bagi mendedahkan generasi muda kepada kepentingan warisan kebudayaan tidak ketara dengan kerjasama institusi pengajian tinggi dan pihak sekolah.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI