fbpx

Budak nyaris lemas digulung ombak kuat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memaparkan seorang kanak-kanak hampir lemas ketika mandi pantai.

PETALING JAYA – Sebuah keluarga berdepan detik cemas apabila anak mereka nyaris lemas ketika bermandi-manda di pantai.

Melalui sebuah video yang tular di media sosial, kanak-kanak tersebut dilihat terkapai-kapai berikutan ombak kuat.

Beberapa orang lelaki dewasa dipercayai ahli keluarga kanak-kanak terbabit kemudian dilihat cuba menyelamatkan kanak-kanak berkenaan, namun berdepan kesukaran.

Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna mengecam tindakan keluarga terbabit yang tetap bermandi-manda di pantai itu meskipun ombak kuat.

“Sekarang dah hujung-hujung tahun tolonglah tak payah nak masuk laut, sungai dah. Musim tengkujuh dah tiba dan ribut seringkali kuat melanda. Pegi bawa anak-anak jalan tempat lain,” kata Muhammad Adham.

“Tak faham kenapa masih ramai nak bawa anak kecil mandi pantai waktu musim begini. Banyak lagi aktiviti lain boleh buat dengan anak-anak,” tegur Lah.

“Ramai degil walaupun banyak kes lemas, sebab selagi tak kena memang takkan serik,” kata Reen.

Sehingga kini video tersebut telah ditonton lebih 100,000 kali. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI