fbpx

Bagaimana semut boleh masuk dalam skrin ‘laptop’?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEEKOR semut (dalam bulatan) masuk ke dalam skrin sebuah komputer riba. - Foto X/@adityakvlte

NEW DELHI – Satu rakaman video tular di laman sosial memaparkan situasi seekor semut merayap di dalam skrin komputer riba yang masih berfungsi dengan baik, lapor laman berita The Indian Express semalam.

Ia mendapat lebih 500,000 tontonan sejak dikongsi oleh seorang pengguna, @adityakvlte di platform X. 

Dalam rakaman video itu, Aditya berkongsi perasaannya yang sukar mempercayai kejadian tersebut.

“Semut ini masuk ke dalam skrin komputer riba saya,” tulisnya dalam kapsyen dengan menggambarkan situasi itu sebagai pelik.

Kejadian aneh itu membuatkan ramai netizen tertanya-tanya bagaimana semut itu berjaya memasuki skrin komputer riba. 

Seorang lagi pengguna X, Akash Manohar berkongsi pengalamannya sendiri dengan menulis: “Saya pernah mengalami perkara ini.

“Kemungkinan besar ia tidak masuk ke dalam skrin. Berkemungkinan besar juga terdapat telur yang berada di dalam skrin semasa pembuatannya. Haba yang dijana semasa penggunaan komputer riba membantu ia menetas.” – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI