fbpx

Anak dah 7 bulan, Opai baru ‘mengakui’ bapa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SELEPAS tujuh bulan melahirkan, akhirnya Fatin Afeefa mendedahkan mengenai cahaya mata ketiganya.

PETALING JAYA – Lama mengunci mulut, pelakon Fatin Afeefa akhirnya membuat pendedahan sudah tujuh bulan melahirkan anak hasil perkahwinan dengan suami baharu yang juga pempengaruh sensasi, Aliff Awang.

Perkara tersebut disahkan suaminya yang mesra disapa Opai dalam Instagram yang memuat naik hantaran bersama seorang bayi berserta kapsyen memaklumkan perasaan bergelar bapa.

Kehidupan yang cantik sebagai seorang bapa. Agak sibuk sejak dua menjak ini hanya untuk menghabiskan masa bersama anak yang cantik, bijak dan bersemangat.

“Ke arah kehidupan yang baharu,” ujarnya.

Dalam masa sama, Opai mengakui terpaksa membuat pengakuan mengenai anak sulungnya kepada umum selepas dimarahi ibu dan isterinya, Fatin Nur Afifah Shamsudin, 29.

“Esok (hari ini) akikah anak kami dan hanya bawah 10 orang sahaja yang tahu sebab kami mahu jadi ibu bapa yang relaks.

Ini anak kami berdua yang sudah berusia tujuh bulan. Kenapa baru sekarang nak beritahu mengenai anak?

“Mak dan dia (Fatin) sudah bising sebab anak sudah besar dan dapat IC (kad pengenalan) tidak mungkin tak boleh beritahu,” ujarnya dalam sebuah video.

Sementara itu, Fatin turut berkongsi sekeping gambar anak-anaknya bersama seorang bayi tetapi menutup wajah permata hatinya itu.

Sebelum ini, timbul spekulasi apabila netizen mendakwa Fatin sedang hamil.

Bagaimanapun, dia terkejut apabila mengetahui timbul desas-desus mengatakan dia sudah melahirkan cahaya mata.

Perkara tersebut timbul selepas pelakon Tentang Bulan itu dilihat kurang berkongsi gambar penampilan dirinya selain seperti ingin cuba menutupi bahagian perut.

Fatin dan Opai, 30, disatukan dalam majlis di Subang Jaya pada Disember 2022. Dalam perkahwinan sebelum ini, Fatik sudah mempunyai dua orang anak, Adam Aisy Arrian dan Ivy Herra Sophia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI