fbpx

Aliff Aziz diminta buat ‘comeback’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WAJAH terbaharu Aliff Aziz yang dikongsikan dalam Instagramnya.

KETIKA ramai peminat dihurung duka dengan kes perceraian Fattah dan Fazura, Aliff Aziz mengundang perhatian ramai apabila muncul memuat naik video sedang menyanyi dalam Instagramnya.

Diva sangka tiada yang akan beri perhatian tetapi ruangan komen hantaran tersebut dibanjiri dengan doa yang baik-baik oleh netizen.

Betul apa orang cakap, netizen Malaysia memang mudah memaafkan dan melupakan kesalahan artis.

Baguslah perkara tersebut cuma Diva terkejut sebab begitu mudah mereka memaafkan selepas melemparkan pelbagai caci maki terhadap Aliff sebelum ini.

Selain doa, ramai yang mahu Aliff kembali aktif menyanyi kerana dia mempunyai bakat dan potensi besar.

Kalau netizen sudah beri lampu hijau, apa ditunggu lagi Aliff? Janganlah terlalu menyepi dan asingkan diri.

DIVA: Setahu Diva, kes mahkamah berkaitan tangkap khalwat Aliff dengan Ruhainies masih belum selesai.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI