LIPIS – Tular rakaman di media sosial memaparkan aksi seorang lelaki dipercayai pekerja sebuah kedai makan di sini membersihkan periuk dengan menggunakan penyapu.
Klip video berdurasi dua saat itu yang dimuat naik di sebuah halaman Facebook Komuniti Anak-Anak Lipis kira-kira pukul 5 petang tadi menerima kritikan dan kecaman netizen.
Dalam klip tersebut, lelaki terbabit sedang mencuci periuk di belakang premis dipercayai terletak di bandar Lipis dan rata-rata netizen meminta siasatan dilakukan oleh pihak berkuasa bagi keselamatan dan kesihatan pengguna di sini. – KOSMO! ONLINE