fbpx

Tanah runtuh berlaku di Jalan Kuala Kubu Bharu-Gap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan bencana JKR Hulu Selangor melakukan kerja-kerja pembersihan tanah runtuh yang berlaku awal pagi tadi. FOTO: JKR HULU SELANGOR

HULU SELANGOR – Satu kejadian tanah runtuh dilaporkan berlaku di Jalan Kuala Kubu Bharu-Gap (FT55) dekat Kuala Kubu Bharu, awal pagi tadi.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Hulu Selangor berkata, kejadian tanah runtuh dengan kepanjangan kira-kira 20 meter itu berlaku sekitar pukul 4.15 pagi.

“Pasukan bencana JKR Hulu Selangor dimaklumkan terdapat tanah runtuh pada pukul 4.15 pagi.

“Kawasan tanah runtuh boleh dilalui namun kerja-kerja pembersihan masih dilaksanakan,” katanya dalam kenyataan di Facebook hari ini.

Menurutnya, pasukan bencana telah membuka laluan kepada kenderaan lain pada pukul 7.15 pagi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim mengesahkan tiada kemalangan jiwa terbabit dalam insiden itu. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI