fbpx

‘Tak sunyi, selesa hidup solo ditemani kucing’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KILAFAIRY enggan terburu-buru dalam soal jodoh dan selesa menikmati hidup solo ditemani keluarga, rakan dan kucing kesayangannya.

PETALING JAYA – Tidak terlalu memikirkan soal jodoh, pelakon Kilafairy mengakui dirinya kini dalam fasa selesa menikmati kehidupan solo.

Menurut pemilik nama sebenar Syakila Nisa Jahangir Khan, 32, itu, dia menyerahkan soal jodoh kepada Ilahi dan enggan memberi tekanan kepada diri sendiri tentang perancangan mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.

“Saya tidak fikir pun tentang kahwin, kalau ada jodoh itu ada lah. Kalau jumpa dengan orang yang serasi, insya-Allah.

“Sejujurnya sekarang tidak rasa sunyi pun ditambah pula saya memang seorang yang introvert dan suka duduk seorang diri ditemani kucing.

“Tidak rushing (terburu-buru nak kahwin) pun,” katanya dalam satu temu bual.

Bintang filem Hoore! Hoore! itu bersyukur kerana selain keluarga, teman rapat sentiasa berada di sisi menemani dan mengisi hari-harinya.

“Kawan-kawan pun ramai, sentiasa ada bersama saya seperti Izara Aishah dan yang lain.

“Kalau nak cakap pasal zuriat memang impikan mahu ada anak sendiri.

“Kadang-kadang tengok kawan sudah ada anak dan mereka sibuk dengan kehidupan tersebut, saya terfikir mungkin ada baiknya perkara itu belum berlaku kepada saya,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI