fbpx

Saya pergi sekolah 3 hari seminggu sebab tiada baju – MB Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saarani

PETALING JAYA – Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad memaklumkan beliau hanya pergi ke sekolah sebanyak tiga hari seminggu kerana perlu berkongsi pakaian bersama adik-adiknya yang lain.

Saarani menceritakan perkara itu ketika mengimbas kembali kesusahan hidup keluarganya dahulu yang mana kedua ibu bapanya bekerja sebagai penoreh getah.

“Saya pergi sekolah tiga hari sahaja. Hari Isnin saya pergi sekolah, hari Selasa adik kedua manakala hari Rabu adik ketiga.

“Sebab apa, sebab nak pakai baju (sekolah). Waktu kecil dahulu, saya orang susah dan miskin. Saya 11 beradik dan saya anak sulung,” katanya ketika berucap pada lawatan Penghuni Rumah Pengasih Amanjaya di Gopeng, Perak semalam.

Dalam pada itu, Saraani turut berkongsi pengajaran yang beliau dapat ketika bersekolah di Sekolah Menengah Sains Sungai Petani, Kedah.

Katanya, beliau sering berasa rendah diri dalam kalangan pelajar yang lain disebabkan kekurangan yang beliau miliki.

“Tapi seorang guru sedarkan saya dan beritahu saya jadi begini kerana tidak bersyukur dan bandingkan hidup saya dengan orang lain.

“Allah nak tunjukkan kepada saya melalui seorang kawan yang hanya ada kain pelikat dan baju pagoda sahaja.

“Jadi, saya sedar, bahawa ada orang lagi susah. Ia mendatangkan kesyukuran dan rupanya ada yang lagi susah dan miskin dari saya,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI