fbpx

‘Saya akan saman, semua ini jejaskan reputasi’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
INTAN Najuwa akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang memfitnahnya baru-baru ini.

PELAKON Datin Intan Najuwa tidak teragak -agak mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang memfitnahnya pernah mengeluarkan kenyataan menutup aurat tidak menjanjikan syurga baru-baru ini.

Kecewa dengan perkara tersebut, Intan atau Intan Najuwa Abdul Wahid, 27, menegaskan dia tidak pernah mengeluarkan kenyataan sebegitu selain meminta pihak terbabit menurunkan artikel tersebut.

“Saya tidak pernah menyebut perkataan ini. Kepada mereka yang menerbitkan artikel ini dan mengheret nama saya sila hentikannya!

“Saya akan mengambil tindakan undang-undang kerana ini bukan sahaja menjejaskan reputasi tetapi turut menyentuh sensitiviti agama,” katanya dalam TikTok semalam.

Dalam masa sama, dia memberi amaran kepada mana-mana pihak agar tidak sewenang-wenangnya menggunakan konten milik individu lain khususnya dalam media sosial.

“Saya juga telah membuat senarai beberapa individu yang melemparkan komen negatif.

“Kepada individu lain, baca dan fahami terlebih dahulu sebelum mempercayai sesuatu perkara. Saya tahu anda lebih bijak daripada itu.

“Bagaimana kalian boleh percaya dengan cerita tidak berasas seperti itu tanpa sebarang bukti dan kemudian menyerang saya?” ujarnya.

Terdahulu, tular artikel pelakon drama Kekasih Paksa Rela itu mengeluarkan kenyataan yang menggunakan tajuk ‘Menutup aurat tak semestinya dijanjikan ganjaran syurga – Intan Najuwa’.

Difahamkan, kenyataan tersebut diputar belit sehingga mengundang pelbagai komen negatif daripada netizen. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI