fbpx

Campak Sabari: Reman dua suspek disambung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kereta Proton Waja milik Sabari yang ditemui hangus disyaki dibakar di tempat pembuangan sampah dekat Hutan Gubir, Sik.

SIK – Tempoh reman dua lelaki yang ditahan berkaitan kes pesara Felcra, Sabari Baharom, 62, yang dicampak ke Sungai Padang Terap di Jitra dekat sini disambung sehingga 10 Oktober ini.

Tahanan reman disambung bagi membolehkan siasatan ke atas suspek berusia 26 dan 38 tahun diteruskan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan iaitu khianat dengan api.

Terdahulu, kereta milik Sabari yang dilaporkan hilang sejak 4 September lalu dijumpai dalam keadaan hangus di tempat pembuangan sampah di Hutan Gubir, di sini.

Dua suspek lelaki termasuk seorang kontraktor kemudian ditahan dan hasil soal siasat, mereka mengaku mencampak Sabari ke Sungai Padang Terap di Jitra.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI