fbpx

Pesara guru ditikam ketika pujuk anak berhalusinasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi kejadian membabitkan insiden seorang pesara guru maut dipercayai ditikam anaknya ketika memujuk anaknya yang mengalami halusinasi serta cuba membunuh diri dalam kejadian di Kampung Senaling petang tadi.

KUALA PILAH – Seorang pesara guru maut dipercayai ditikam anaknya ketika memujuk anaknya yang mengalami halusinasi serta cuba membunuh diri dalam kejadian kira-kira pukul 4.40 petang di Kampung Senaling, di sini, petang tadi.

Lebih menyayat hati, anak lelakinya itu juga bertindak melarikan diri sebelum ditemui meninggal dunia di tepi jalan Pekan Senaling dalam keadaan terbaring dengan mulut berbuih selepas kejadian.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd. Gani berkata, siasatan mendapati si mati berusia 65 tahun dan merupakan seorang pesara guru.

“Suspek iaitu seorang lelaki berusia 32 tahun merupakan pemegang kad orang kurang upaya (mental). Hasil pemeriksaan pada badan si mati dapati terdapat satu kesan tikaman pada bahagian belakang badan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan.

“Selepas menikam mangsa suspek telah melarikan diri dengan menggunakan sebuah kenderaan. Suspek ditemui di tepi jalan Pekan Senaling dalam keadaan terbaring dengan mulut berbuih dan hasil pemeriksaan oleh pegawai perubatan mendapati suspek meninggal dunia dipercayai akibat minum bahan peluntur,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Amran berkata, polis berjaya menemui senjata tajam yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu di tempat kejadian dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI