fbpx

Perlawanan Perak FC dengan JDT tangguh lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perlawanan Liga Super antara Perak FC dengan JDT pada Ogos lalu turut tertangguh atas faktor cuaca dan keadaan padang yang tidak mengizinkan di Stadium Perak, Ipoh. - Foto oleh ZULFACHRI ZULKIFLI.

IPOH – Perlawanan bola sepak Liga Super antara Perak FC dengan Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Perak malam ini ditangguh atas faktor cuaca dan keadaan padang yang tidak mengizinkan.

Pengumuman mengenai pembatalan buat kali kedua perlawanan itu dibuat oleh MFL pada pukul 9.52 malam dan pihak MFL akan menentukan tarikh baru perlawanan.

Malam ini adalah perlawanan terakhir di Stadium Perak musim ini sebelum ditutup untuk kerja-kerja menukar permukaan stadium yang dijangka siap pada Mei 2025 dan semua perlawanan Liga Super akan diadakan ke Stadium Majlis Perbandaran Manjung (MPM) – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI