fbpx

Pengikut Ajaran Cahaya di media sosial cecah 5,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki warganegara Singapura dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Sembilan atas dua pertuduhan mengajar ajaran salah iaitu dirinya sebagai Rasul dan mempunyai ruh kudus. -FOTO- NOR AINNA HAMZAH/KOSMO!

SEREMBAN – Ajaran Cahaya yang dikesan di Kuala Pilah sejak setahun lalu dipercayai telah mempunyai hampir 5,000 pengikut dalam Telegram dan Facebook milik akaun seorang lelaki yang mendakwa dirinya mempunyai roh kudus

Ketua Unit Operasi Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), Ahmad Zaki Hamzah berkata, selain menyebarkan ajaran secara berkumpul di rumah, lelaki itu juga menyebarkan fahaman melalui media sosial.

“Dia mempengaruhi pengikut-pengikutnya dengan mempercayai fahaman ideologi yang dilihat dengan jelas bertentangan dengan hukum syarak dan apa yang dipegang oleh Ahli Sunnah Wal Jamaah,” katanya ketika ditemui pemberita.

Ahmad Zaki memberitahu, dalam pemantauan selama setahun di negeri ini, fahaman itu hanya tersebar di sebuah rumah kampung di Kuala Pilah dan tiada di negeri-negeri lain.

Katanya, pengikut ajaran sesat itu di negeri ini juga tidak ramai dan kebanyakan mereka sudah mulai tersedar.

“Ada dalam kalangan pengikut yang tersedar menarik diri termasuklah juga di Kuala Pilah, dia berkumpul sesama dia di rumah itu.

“Kita dapat tahu dekat setahun berdasarkan keterangan saksi-saksi yang sudah ikut fahaman ini hampir empat tahun sebelum tersedar dan tarik diri,” katanya.

Menurutnya, berikutan ramai dalam kalangan pengikut tidak bersetuju dan telah keluar dari ajaran sesat terbabit, mereka menggunakan seorang wanita yang beralamat di Melaka sebagai orang kanannya dalam mencari pengikut.

“Ibaratnya wanita ini menjadi progapanda mencari pengikut-pengikutnya. Wanita ini memainkan peranan membawa masuk suspek (lelaki warga emas) dari Singapura.

“Semasa ditahan pun, suspek ketika itu bersama wanita dan juga beberapa orang yang lain dalam perjalanan untuk menuju ke Terengganu bagi sesuatu aktiviti. Kita membuat tindakan untuk menyekat sebelum sampai di Terengganu,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI