fbpx

Peminat RXZ, Paksu Tomoi sebak terima hadiah pakej umrah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RXZ Members bersama Syarikat Hashwat Alharamayn & Tours menyampaikan hadiah Pakej Umrah kepada Paksu Tomoi di kediamannya di Kuala Ketil, Kedah, semalam. - FACEBOOK

PETALING JAYA – “Syukur kepada Allah S.W.T, terima kasih banyak-banyak”.

Demikian kata warga emas yang juga peminat motosikal Yamaha RX-Z ketika menerima hadiah pakej umrah sebagai penghargaan dan komitmennya menghadiri program RXZ Members di Terengganu.

Sumbangan itu disampaikan oleh RXZ Members bersama Syarikat Hashwat Alharamayn & Tours kepada Ismail Abdullah, 68, atau lebih dikenali sebagai Paksu Tomoi di kediamannya di Kuala Ketil, Kedah semalam.

“Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang datang berkunjung dari Terengganu. Segala anugerah datang daripada Allah S.W.T,” ujarnya sebak

Ramai pengguna media sosial memuji kesungguhan Ismail menyertai program terbabit dan mendoakan agar dipermudah urusan menunaikan ibadah umrah.

“Rezeki buat Paksu Tomoi. Sukan permotoran tidak mengira usia,” kata Ezal.

“Lepas ini boleh jemput Paksu. Jauh datang ‘ride’ seorang diri dengan umur emas beliau. Semoga dipermudahkan urusan Paksu,” jelas Amirul.

“Alhamdullillah. Sekali lagi air mata akak keluar. Jernih sungguh wajah paksu. Moga panjang usia paksu, selamat pergi dan balik dan dimakbulkan doa-doa Paksu,” ujar Nor Mala.

Sebelum ini, tular di media sosial satu klip video memaparkan Paksu Tomoi menunggang motosikal Yamaha RX-Z dalam program RXZ Members 6.0 yang diadakan di Litar Permotoran Terengganu, Gong Badak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI