fbpx

Pelancong berpakaian songsang ketika larian di Kota Tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
tangkap layar kejadian tersebut

KOTA TINGGI – Pihak berkuasa diminta untuk menyiasat acara larian yang disertai pelancong-pelancong dari luar negara yang berpakaian tidak senonoh dan seolah-olah mempromosi lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di sebuah hotel dekat Bandar Penawar di sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penawar, Fauziah Misri berkata, beliau difahamkan acara asal merupakan satu acara larian iaitu Larian Antarabangsa Pan Asia 2024 yang dianjurkan oleh Persatuan The Hash House Harriers.

Katanya walau bagaimanapun daripada gambar-gambar yang tular, didapati bahawa peserta-peserta tersebut berpakaian tidak senonoh dan ada yang separuh bogel serta mempromosi LGBT.

“Saya berharap pihak berkuasa dapat menyiasat perkara ini dan saya harap orang ramai juga perlu yakin serta membiarkan pihak berkuasa menyiasat perkara tersebut.

“Saya juga berharap pihak hotel perlu lebih berhati-hati dan teliti atas setiap penganjuran program terutama yang menyentuh sensitiviti umat Islam.

“Tindakan tegas diharap dapat diambil kepada pihak yang bertanggubgjawab sekiranya bersalah supaya kejadian seumpama ini tidak berulang lagi,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu tular di Facebook group komuniti Khas Penduduk Kota Tinggi perkongsian video dan gambar-gambar sempena acara larian itu. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI