fbpx

Pegawai tentera dicekup ‘pegang’ anak buah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KOTA BHARU – Seorang pegawai tentera dicekup selepas dipercayai mencabul seorang wanita yang juga anak buahnya di sebuah premis kerajaan di Kok Lanas dekat sini baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud berkata, lelaki berusia dalam lingkungan pertengahan 40-an itu ditahan kira-kira pukul 6.30 petang semalam.

Menurutnya, Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu sebelum itu menerima laporan berhubung kejadian kes cabul melibatkan penjawat awam pada pukul 7.16 malam kelmarin.

Menurutnya, siasatan awal mendapati, mangsa yang terlibat merupakan seorang wanita berusia dalam lingkungan awal 30-an.

“Mangsa dipercayai dicabul oleh pegawai atasannya beberapa kali di sebuah premis kerajaan di Kok Lanas dekat sini.

“Suspek kini ditahan reman selama tiga hari bermula hari ini hingga Isnin depan untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Rosdi memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana melakukan kekerasan jenayah dengan niat mencabul kehormatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI