fbpx

MotoGP: Marquez akui impiannya berakhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MARQUEZ berdepan masalah kerosakan enjin di GP Indonesia menyebabkan peluangnya memburu kejuaraan dunia bertambah sukar. - AFP

LONDON – Pelumba Sepanyol, Marc Marquez mendedahkan bahawa harapannya untuk memburu gelaran dunia MotoGP telah berakhir selepas kegagalannya menamatkan perlumbaan di Grand Prix (GP) Indonesia minggu lalu.

Marquez yang bersaing bersama Gresini Racing Ducati menjelaskan agak mustahil untuk dia mengejar gelaran dunia ketika perlumbaan musim ini hanya berbaki lima pusingan lagi.

Marquez yang bakal menyertai pasukan utama Ducati tahun depan berada di kedudukan keempat dan ketinggalan 78 mata di belakang pendahulu, Jorge Martin (Pramac) selepas berdepan kerosakan enjin di Indonesia.

“Kami sudah pun mengalami defisit yang besar dan gagal mendapat mata di Indonesia, jurangnya kini terlalu jauh.

“Gelaran itu telah menjadi sasaran kami untuk lima perlumbaan terakhir, tetapi nampaknya kejuaraan kini sudah berakhir untuk kami.

“Jurang sudah terlalu besar dan gelaran dunia kini menjadi perebutan antara dua pelumba sahaja (Martin dan Francesco Bagnaia),” kata juara dunia lapan kali itu menjelang GP Jepun hujung minggu ini di Motegi.

Walaupun Martin dan Bagnaia menjadi dua pesaing utama untuk gelaran, Marquez masih berpeluang merebut tempat ketiga.

Kini, kedudukan ketiga dipegang oleh rakan sepasukan Bagnaia, Enea Bastianini, yang hanya dibezakan tiga mata dengan Marquez menjelang perlumbaan di Jepun. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI