fbpx

Malbatt 850-11 kekal di Lebanon, tidak akan berundur – PAT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohammad ketika berucap pada sambutan HUT ATM Ke-91 Tahun 2024 di Kem Segenting di Port Dickson, hari ini. -Foto FARIZ RUSADIO/KOSMO!

PORT DICKSON – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak berhasrat untuk memanggil pulang pasukan Malaysian Battalion 850-11 (Malbatt 850-11) yang ketika ini sedang menjalankan misi di Lebanon.

Ini kerana kata Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Mohammad Ab. Rahman, sebarang keputusan penarikan semula pasukan itu akan diputuskan oleh Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNIFIL).

“Walaupun keadaan di sana (Lebanon) sangat getir ketika ini, tetapi anggota-anggota kita akan kekal bersama UNIFIL sehingga arahan untuk berundur.

“Kita tidak akan berundur dengan keputusan sendiri, tetapi akan berundur sekiranya diperintahkan oleh United Nation (UN). Buat masa ini kita masih kekal dengan UN sehinggalah arahan seterusnya dikeluarkan kepada kita,”katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Hari Ulang Tahun (HUT) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Kem Segenting di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohammad berkata, semua 854 anggota termasuk pegawai yang bertugas di Lebanon kini selamat.

Bagaimanapun katanya, sekiranya berlaku serangan pihak bertelagah akan memaklumkan kepada pihak UNIFIL beberapa jam sebelum peperangan berlaku.

“Jadi dengan itu anggota-anggota kita akan berlindung dalam ‘bunker’ masing-masing dan sehingga keadaan kembali pulih seperti sedia kala mereka akan keluar,”katanya.

Pada masa sama, Mohamad turut memaklumkan bahawa UN membekukan dahulu penggantian untuk pasukan Malbatt 850-11 buat masa ini.

“Sekiranya ada penggantian selepas ini pasukan yang akan ke sana adalah Malbatt 850-12 dan penggantian ini biasanya akan dilaksanakan pada bulan November,”katanya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI