fbpx

Korea Selatan destinasi makanan terunggul Asia, Malaysia tempat kelima

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail menunjukkan hidangan kimchi di Seoul. - Foto AFP

SEOUL  –  Korea Selatan dinamakan destinasi makanan terunggul Asia dengan 64 peratus responden mengaku melawat negara itu untuk mencuba hidangannya, lapor laman berita VNExpress kelmarin.

Keputusan tersebut berdasarkan kaji selidik oleh platform pelancongan internet, Agoda antara 1 hingga 10 Ogos 2024.

Taiwan menduduki tempat kedua dengan 62 peratus, diikuti Thailand (55 peratus), Jepun (52 peratus) dan Malaysia (49 peratus).

Kaji selidik Agoda meninjau lebih 4,000 pelancong dari 10 negara terdiri daripada India, Indonesia, Jepun, Korea, Malaysia, Filipina, Singapura, Taiwan, Thailand dan Vietnam.

“Makanan  Korea Selatan menarik minat penggemar makanan dari seluruh dunia, sudah pasti trend ini disokong oleh populariti K-drama dan K- filem,” kata Agoda.

Salah satu destinasi paling popular di Korea Selatan ialah Pulau Jeju kerana pencinta makanan boleh menikmati makanan laut segar. 

Bagi mereka yang mahukan hidangan lebih mencabar, makanan seperti ganjang gejang (ketam mentah diperap dalam sos kicap) adalah hidangan istimewa di bandar tepi pantai seperti Incheon. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI