fbpx

JAIS syor kubur bertingkat di Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan mengesyorkan kembali pelaksanaan kubur bertingkat kepada kerajaan negeri.

Pengarahnya, Datuk Mohd. Shahzihan Ahmad berkata, perkara itu akan melalui proses tertentu termasuk mencadangkan opsyen pelaksanaan kepada Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor.

“Selepas (Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor) setuju, saya akan maklumkan kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk dibincangkan lebih dalam.

“Selepas itu, kita akan syorkan kepada kerajaan negeri. Setakat ini yang kritikal adalah seperti di kawasan Gombak, Hulu Langat dan Klang,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis penutup Festival Al-Barzanji dan Marhaban Selangor di masjid negeri, hari ini.

Beliau memaklumkan telah membentangkan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Haris Kasim pada awal tahun ini berhubung keperluan mengenainya di Lembah Klang.

Ujarnya, ini susulan kepadatan penduduk dan tanah kubur di negeri ini.

“Semua data kita ada termasuk ratio kematian dan keluasan tanah kubur sama ada yang telah penuh, separuh penuh dan baru.

“Kita juga akan buat Townhall dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Pejabat Tanah Dan Daerah bagi hal mengenainya,” katanya.

Mengulas lanjut, Mohd. Shahzihan menjelaskan pelaksanaan kubur bertingkat telah dilaksanakan seperti di Pulau Pinang.

“Saya hantar pegawai untuk melihat bagaimana cara mereka melaksanakan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI