fbpx

IWK baiki penutup simen terangkat di Jalan Masjid India

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IWK selesai memasang penutup lurang (manhole) susulan insiden penutup simen terangkat, semalam.

PETALING JAYA – Indah Water Konsortium (IWK) melaksanakan kerja baik pulih ke atas penutup simen yang terangkat di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam kenyataan memaklumkan, kejadian tersebut dipercayai berlaku akibat kehilangan penutup lurang.

“Ia berkemungkinan disebabkan vandalisme dan menyebabkan penutup simen (bahagian atas) terangkat.

“IWK telah selesai memasang penutup lurang (manhole) tersebut pada awal tadi,” katanya hari ini.

Sehubungan itu, DBKL menggesa orang ramai agar tidak menyiarkan kandungan yang boleh mencetuskan situasi panik dengan mengambil kesempatan atas insiden yang berlaku di Masjid India baru-baru ini.

Terdahulu, tular satu video di laman media sosial memaparkan penutup simen dilihat terbuka dan tertutup berulang kali dipercayai akibat tekanan udara yang berlaku di bawah tanah.

Sebelum ini, pada 23 Ogos lalu, seorang wanita warga India dilaporkan hilang selepas terjatuh dalam tanah jerlus di Jalan Masjid India.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) kemudian dihentikan selepas sembilan hari susulan tiada sebarang petunjuk berhubung kehilangan mangsa.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata, keputusan itu diambil selepas kerajaan mengambil kira isu keselamatan membabitkan pasukan SAR, orang ramai dan kawasan sekitar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI