fbpx

GISBH: Selangor semak premis, pematuhan syarat PBT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suee Lim merasmikan program itu di Kampung Bagan Sungai Yu, Tanjong Karang, hari ini.

KUALA SELANGOR – Kerajaan Selangor akan membuat semakan ke atas semua premis dan kediaman GISBH Holdings Sdn. Bhd. (GISBH) sama ada mematuhi syarat dan garis panduan pihak berkuasa tempatan (PBT) atau sebaliknya.

Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan negeri, Datuk Ng Suee Lim berkata, semakan lanjut itu antaranya meliputi pematuhan kebenaran merancang (KM), Sijil Penyiapan dan Pematuhan (CCC) dan pembayaran cukai taksiran.

“Kita akan semak terlebih dahulu mengenai status premis dan kediaman GISBH di negeri ini.

“Langkah itu bagi mengenal pasti adakah mereka mematuhi peraturan ditetapkan oleh PBT atau tidak,” katanya pada program Rejuvenasi di Kampung Bagan Sungai Yu, Tanjong Karang di sini, pagi tadi.

Tambah Suee Lim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan, laporan mengenai pematuhan itu akan dimaklumkan dalam tempoh terdekat.

Terdahulu, kerajaan Selangor mengarahkan semua premis GISBH di negeri ini ditutup dan merampas segala aset syarikat tersebut. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI