fbpx

EPL: Jadual Liverpool resahkan Slot

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LIVERPOOL terpaksa beraksi menentang Palace lebih awal selepas kurang tiga hari turun menentang Bologna sebelum ini. - AFP

LONDON – Rungutan tentang penjadualan perlawanan yang pernah diutarakan oleh Jurgen Klopp semakin dirasai oleh pengurus Liverpool, Arne Slot ketika ini.

Pengendali The Reds yang hadir bagi menggantikan Klopp menzahirkan kebimbangan sama, menyaksikan Liverpool terpaksa bermain lebih awal berbanding pencabar lain sedangkan kelab itu baharu saja selesai aksi Liga Juara-Juara.

Liverpool yang menang 2-0 ke atas Bologna di pentas Eropah, kelmarin akan berkunjung ke Selhurst Park apabila dijadualkan berdepan Crystal Palace pada jam 7.30 malam ini.

“Banyak yang mengatakan tentang waktu sepak mula. Ramai yang membantu saya walaupun jadual ini agak sukar,” katanya yang kini memacu Liverpool menang lapan kali daripada sembilan aksi awal.

Keluhan Slot itu seakan berasas memandangkan dua pencabar Liverpool iaitu Arsenal dan Manchester City yang bermain di Liga Juara-Juara pada Rabu hanya akan bermain lebih lewat, sejurus aksi The Reds berakhir.

Sementara itu, Aston Villa yang menang 1-0 ke atas Bayern Munich hanya akan menyambung saingan domestik Liga Perdana Inggeris malam esok.

“Saingan masih terlalu awal, kami tidak perlu meletakkan tekanan kepada diri sendiri. Kami hanya perlu harungi satu demi satu perlawanan dan selepas itu kita akan lihat apa yang akan berlaku,” kata bintang utama The Reds, Mohamed Salah. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI