fbpx

Ehem, pengantin silap sebut nama bakal isteri semasa akad nikah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan pasangan pengantin itu duduk di hadapan wali semasa akad nikah. - Instagram

JAKARTA – Seorang pengantin lelaki di Indonesia menjadi tular selepas tidak sengaja menyebut nama bapa mentuanya semasa akad nikah gara-gara terlalu gementar, lapor saluran berita Indozone semalam. 

Menerusi rakaman yang dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @nikenayuxyz, pasangan pengantin itu dilihat sedang duduk di hadapan wali. 

Suasana tegang bertukar ceria apabila pengantin lelaki itu mengucapkan lafaz nikah dengan menyebut nama bapa mentuanya dan bukan nama pengantin perempuan. 

“Saya terima nikahnya Sumarno Binti,” kata lelaki itu sebelum tertawa dan menyedari kesilapannya. 

Rakaman itu meraih lebih 549,000 tontonan dan rata-rata netizen terhibur dengan kegugupannya. 

“Kelmarin saya sama seperti ini,” komen seorang netizen. 

“Dia (pengantin lelaki) nak kahwin dengan bapa isterinya,” kata netizen lain. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI