fbpx

‘Dulu penari Siti Nurhaliza, sekarang bertarung pula’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FADLAN mengagumi ketangkasan Siti Nurhaliza bertarung seperti srikandi dalam video muzik lagu Magis.

PETALING JAYA – “Kalau tertendang Siti Nurhaliza, pasti satu Malaysia serang aku.”

Demikian kerisauan pelakon Fadlan Hazim apabila diberi peluang ‘bertempur’ dengan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dalam video muzik lagu Magis.

Fadlan atau nama penuhnya Fadlan Hazim Anuwar, 32, mengakui kagum dengan ketangkasan dan gerakan Siti kerana persis pelakon aksi profesional.

“Pengalaman berharga dapat berlawan dengan Siti Nurhaliza dalam video muzik Magis.

“Apa pun pergerakan Siti Nurhaliza memang hebat,” katanya dalam sebuah video TikTok.

Dalam pada itu, Fadlan memaklumkan dia pernah menjadi penari Siti Nurhaliza sebelum ini.

“Fakta ringkas, saya pernah menjadi penari latar Siti dahulu,” kongsinya.

Sementara itu, ruangan komen hantaran itu dibanjiri pujian netizen yang kagum melihat pertarungan Fadlan dan Siti.

Lebih menarik, ada yang berseloroh mengingatkan Fadlan agar tidak mencederakan penyanyi kesahangan ramai itu.

“Jangan pukul Siti Nurhaliza kami betul-betul ya.

“Kalau tertendang kesayangan kami itu, kau memang cari nahas bang,” gurau netizen.

Semalam, Siti mencuri tumpuan khalayak apabila mempamerkan kemampuan melakukan aksi pertarungan persis seorang srikandi di medan perang.

Dalam video sama, Siti dilihat menggayakan pakaian berwarna merah hati sambil memegang busur dan anak panas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI