fbpx

‘Dalam galeri telefon saya pun tak banyak gambar suami’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HANNAH dan suami jarang merakamkan gambar berdua. - ILHAM ZAKARIA

KUALA LUMPUR – Jarang berkongsi foto bersama suami dalam media sosial, pelakon jelita Hannah Delisha mendedahkan suaminya, Imam Shah kurang gemar bergambar.

Menurut pelakon yang berasal dari Singapura itu, sejak sebelum mendirikan rumah tangga dia dan suami jarang berkongsi foto masing-masing dlaam media sosial.

“Perkara ini sudah menjadi kebiasaan buat kami. Dari sebelum kahwin lagi kami tak kongsi gambar masing-masing.

“Sebenarnya susah untuk kami bergambar bersama. Kalau tengok galeri gambar dalam telefon saya pun tak banyak gambar kami bersama.

“Segala memori bersama banyak saya simpan dalam ingatan dan hati ,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran koleksi tudung terbaharu Rizman Ruzaini, di sini, kelmarin.

Ditanya adakah dia dan suami mengambil langkah berjaga-jaga agar tidak mempamerkan kebahagiaan dalam media sosial, Hanna berkata tiada sebab tertentu dia berbuat demikian.

“Mungkin sebab sebelum kahwin lagi kami sudah terbiasa tidak berkongsi tentang satu sama lain dalam media sosial.

“Jadi perkara itu terbawa-bawa sehingga sekarang. Tambahan pula saya rasa perkara ini tidak menjadi satu masalah buat kami.

“Saya faham setiap orang ada pandangan dan persepsi masing-masing tentang perkongsian hal peribadi dalam media sosial. Saya hormati mereka, tapi bagi saya dan suami, kami lebih suka begini,” ujarnya.

Hannah atau nama sebenarnya Hannah Adlina Blackburne Birch, 28 telah berkahwin dengan Imam Shah yang juga berasal dari Singapura pada 18 Februari 2021 selepas lima tahun berkenalan.

Dalam perkembangan lain, Hannah bakal muncul dengan drama terbaharu berjudul Di Hatiku Ada Kamu bergandingan dengan Redza Rosli yang akan ditayangkan dalam platform penstriman Viu Malaysia bermula 10 Oktober ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI