fbpx

Bunga pelik mirip burung hantu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar menunjukkan tumbuhan Phisawong Owl’s Eye yang ditemui di Santuari Hidupan Liar Umphang, wilayah Tak. -The Nation

BANGKOK – Sejenis tumbuhan aneh penuh misteri yang menyerupai wajah burung hantu ditemui di sebuah hutan belantara terpencil di Thailand, lapor saluran berita Thaiger kelmarin.

Tumbuhan dengan nama saintifik Thismia Thaithogiana atau dikenali sebagai Phisawong Owl’s Eye itu membuat penampilan di Santuari Hidupan Liar Umphang, wilayah Tak baru-baru ini.

Ahli botani dan pelancong berpusu-pusu datang untuk menyaksikan tumbuhan pelik itu kerana memiliki bentuk burung hantu seperti mata yang bulat dan muncung.

Ia juga menarik perhatian orang ramai kerana bersinar dan memiliki sifat parasit semula jadi.

Phisawong Owl’s Eye memakan kulat dan mekar hanya sekali dalam setahun pada penghujung musim hujan di Thailand.

Tumbuhan itu kali pertama ditemui di lereng kawasan pergunungan batu kapur Doi Hua Mot dalam tahun 2018. – AGENSI

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI