fbpx

Akidah 108 ahli GISBH diberkas akan dipulihkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Seramai 108 individu ditangkap selepas disyaki terlibat dengan GISB Holdings Sdn. Bhd .(GISBH) akan dipulihkan kembali akidahnya.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd. Shahzihan Ahmad berkata, ini selaras keputusan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor berkenaan fahaman, ajaran, pegangan atau amalan yang bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Katanya, kesemua individu tersebut kini telah berikan jaminan sebelum siasatan lanjut dijalankan pihaknya nanti.

“Fatwa telah menyelebahi kita. Semua yang terlibat sama ada bersalah atau tidak bersalah mesti dipulihkan.

“Ini disebabkan jelas apa yang mereka buat (adalah bertentangan pegangan  Ahli Sunnah Wal Jamaah)

“Fatwa adalah sumber dan asas tindakan kita. Kalau mereka tidak mahu, salah sebab langgar fatwa yang akan diwartakan nanti,” katanya kepada ditemui pemberita selepas majlis penutup Festival Al-Barzanji dan Marhaban Selangor di masjid negeri, hari ini.

JAIS sebelum menangkap seramai 108 individu berkait GISBH yang melakukan pelbagai kesalahan jenayah syariah meliputi akidah, pungutan khairat tanpa kebenaran dan perkahwinan.

Mohd. Shahzihan menjelaskan, proses pemulihan penting agar kesemua individu itu keluar daripada ajaran dipegang mereka dan kembali kepada ajaran agama Islam yang sebenar.

Beliau turut memaklumkan bahawa akan ada tangkapan baru berkaitan GISBH ini.

“Hampir pasti ada (tangkapan baru),” ujarnya.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sebelum ini telah memberi perkenan kepada fatwa terkini berkenaan fahaman dan ajaran, GISBH dan rangkaiannya selepas disembah maklum Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Selangor yang juga Mufti Selangor, Datuk Dr. Anhar Opir.

Malah, teks Khutbah Jumaat di Selangor turut menekankan bahawa GISBH adalah sama seperti Al-Arqam yang telah diharamkan segala fahaman dan ajarannya oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI