fbpx

ACL2: Selangor perlu tajamkan serangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
OROZCO muncul wira Selangor selepas meledak gol tunggal perlawanan ketika menundukkan Cebu FC kelmarin. - FB SELANGOR FC

MASALAH ketumpulan jentera serang tidak mencetuskan kegusaran buat Selangor FC meraih keputusan positif pada kempen Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) musim ini dengan meraih kemenangan selepas terikat 1-1 menentang Muangthong United sebelum ini.

Pengendali Selangor, Nidzam Jamil menganggap kemenangan 1-0 ke atas Dynamic Herb Cebu FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, kelmarin sebagai keputusan adil.

“Kejayaan raih empat mata daripada dua perlawanan adalah permulaan bagus selepas lapan tahun tidak bermain di pertandingan ini. Sudah pasti jangkaannya tinggi, tetapi pada akhirnya meraih mata adalah sangat penting.

“Inilah bola sepak dan kita tetap menghormati pasukan lawan. Setiap lawan memberikan masalah berbeza dan kali ini Cebu lebih bersifat bertahan.

“Saya lagi takut kalau kita tidak cipta peluang kerana kami terus seperti ini (memiliki deretan peluang) kita akan ada harapan (jaringkan gol). Sudah pasti setiap pasukan impikan untuk menang 3-0, 4-0, 5-0 tetapi bukan senang menentang lawan yang berdisiplin,” katanya.

Pada perlawanan kelmarin, jaringan tunggal Yohandry Orozco pada minit ke-10 sudah menyelamatkan Gergasi Merah untuk memastikan tiga mata dan kini berada di tangga kedua Kumpulan H.

Bagaimanapun, hampir sedozen peluang yang dibazirkan sepanjang babak pertama seakan mencetuskan kegusaran buat peminat dan Selangor FC sebenarnya lebih berhak untuk menang dengan lebih selesa.

“Kita tidak boleh bandingkan Selangor dengan pasukan lain, tetapi kami juga kena biasakan diri untuk jadikan kemenangan sebagai tabiat. Buat masa sekarang kami belum capai lagi tahap itu seperti yang JDT lakukan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI