fbpx

40 hingga 60 kes luka terbakar berlaku di Kelantan setiap tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zaini (kanan) mendengar penerangan daripada pegawai kesihatan mengenai kaedah merawat luka terbakar selepas seminar Burn Talk, Back To Basics di sebuah hotel di Kota Bharu hari ini. FOTO ROSLIZA MOHAMED/KOSMO!

KOTA BHARU – Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) menerima sebanyak 40 hingga 60 laporan berkait kes-kes luka terbakar di negeri ini setiap tahun.

Pengarahnya, Datuk Dr. Zaini Hussin berkata, punca kejadian luka terbakar yang dilaporkan antaranya terkena air panas, renjatan elektrik, asid dan melecur pada muka semasa membakar sampah di kawasan rumah dengan menggunakan petrol.

Menurutnya, tidak dinafikan ada kes yang berlaku itu juga berpunca daripada kecuaian mangsa terlibat.

“Berdasarkan laporan, mangsa yang terdiri daripada golongan dewasa dan kanak-kanak menerima rawatan sehingga tiga bulan atau bergantung kepada kecederaan yang dialami.

“Dalam usaha untuk merawat pesakit yang luka akibat terbakar, JKNK mempunyai empat doktor pakar di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini dan tiga orang di Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian di sini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas seminar Burn Talk, Back To Basics di sebuah hotel di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Zaini memberitahu, pihaknya akan terus berhasrat untuk memastikan standard rawatan dan ilmu kepakaran dapat diaplikasikan di seluruh Pejabat Kesihatan Daerah (PDK) berkaitan kes luka terbakar.

Menurutnya, sebanyak empat katil di HRPZ II dan tiga katil di Hospital USM khusus untuk merawat pesakit yang terlibat mengalami luka terbakar. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI