fbpx

[VIDEO] ‘Ingat Michelle Yeoh bertudung’ – Siti berlakon watak srikandi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SITI mencuri tumpuan khalayak apabila mempamerkan kemampuan melakukan aksi pertarungan persis seorang srikandi di medan perang.

PETALING JAYA – Penyanyi tersohor tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza mencuri tumpuan khalayak apabila mempamerkan kemampuan melakukan aksi pertarungan persis seorang srikandi di medan perang.

Menurut Siti, 45, video yang dikongsikan dalam Instagram merupakan sedutan babak belakang tabir proses pembikinan video muzik lagu terbaharunya bertajuk Magis.

Katanya, sejak dahulu lagi dia sudah menyimpan hasrat membawakan watak sebagai seorang srikandi.

“Memang impian saya untuk melakonkan aksi srikandi. Semoga video muzik (MV) ini dapat diterima baik.

“Terima kasih juga Astro (saluran Ceria) di atas kesempatan ini dan memilih lagu Magis sebagai OST (runut bunyi) bagi Hikayat,” katanya.

Tambahnya, biarpun menjalani tempoh latihan yang singkat, babak pertarungan itu tetap dapat dilakukan dengan baik dan mengikut perancangan.

“Saya belajar teknik bertarung di lokasi dan bersyukur dapat laksanakan yang terbaik untuk masa yang ditetapkan.

“Terima kasih guru sen pertahan diri, pelakon utama saya berlawan, pelakon kanak-kanak yang hebat, pelakon aksi lasak yang gigih bersama-sama bertahan di tengah panas terik.

https://www.instagram.com/reel/DAsVxz0PYva/?utm_source=ig_web_copy_link&igsh=MzRlODBiNWFlZA==

“Pasukan produksi yang menjalankan kerja dengan pantas, penari saya dan semua yang terlibat menjayakan video muzik ini lebih menarik dan mengikut kehendak serta impian saya,” katanya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial meluahkan rasa bangga dan tidak menyangka Siti yang terkenal dengan perwatakan lemah lembut mampu melakukan babak aksi.

“Hebat betul tengok gaya Siti. Aku ingat Michelle Yeoh pakai tudung tadi.

“Okey, selepas ini kita boleh hantar Tokti (Siti) pergi masuk Oscar pula. Siapa tahu boleh menang.

“Jennifer Lawrence tengok pun menangis macam ini. Memang bakat Siti ini satu anugerah Tuhan tidak terhingga. Lepas ini boleh berlakon The Hunger Games versi Islamik,” antara komen netizen.

Dalam video sama, Siti dilihat menggayakan pakaian berwarna jingga sambil memegang alat pemanah dan busur panah.

Turut kelihatan aktor Fadlan Hazim melakonkan babak pertarungan dengan Siti. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI