fbpx

[VIDEO] Fasi UiTM mohon maaf buat ‘prank’ semasa orientasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video fasilitator UiTM membuat permohonan maaf kepada pelajar baharu.

PETALING JAYA – Fasilitator UiTM Segamat, Johor yang tular baru-baru ini kerana membuat ‘prank’ ketika Minggu Destini Siswa (MDS) tampil membuat permohonan maaf.

Melalui sebuah video yang dimuat naik di TikTok, wakil fasilitator itu berkata, pihaknya mengakui idea untuk melakukan ‘prank’ tersebut tidak sesuai untuk dilakukan semasa MDS berlangsung.

“Saya akui kesilapan saya. Pertama sekali, mungkin kandungan yang dibuat itu tidak berapa sesuai.

“Apa-apa pun saya kena mengakulah. Memang itu kesalahan yang kita tak boleh nafikan,” katanya.

Katanya, meskipun perkara itu tular kerana disebarkan oleh mahasiswa sendiri, namun pihaknya berharap mereka semua dapat saling bermaafan.

“Mungkin apa yang difikirkan netizen itu dan apa tindakan mereka terhadap saya dan anda semua tidak sesuai, saya harap semua ‘enjoy’.

“Saya mewakili semua, minta maaf kerana menyebabkan nama kami dan nama anda tercalar,” ujarnya.

Terdahulu, tular video memaparkan sekumpulan fasilitator melakukan ‘prank’ sesama mereka ketika MDS berlangsung. – KOSMO! ONLINE

@dunno.dani faci segamat is a good leader.x perlu kecam dorang dah laksanakan amanah dorang untuk jage kiteorang.#uitmsegamat #uitmdihatiku #mds ♬ original sound – Dan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI