fbpx

Ular sawa batik kekenyangan telan dua ekor ayam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seekor ular sawa yang menelan dua ekor ayam ditangkap APM di Kampung Ulu Melang, awal pagi tadi. - IHSAN APM

KUALA PILAH – Seekor ular sawa yang menelan dua ekor ayam ditangkap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) di Kampung Ulu Melang, di sini, awal pagi tadi.

Pegawai APM Daerah Kuala Pilah, Lt. (PA) Mohamad Ghazali Abd. Rahim berkata, kejadian berkenaan disedari penghuni rumah apabila terdengar bunyi ayam berkokok serta bising di dalam reban kira-kira pukul 4.40 pagi.

Menurutnya, pasukannya diketuai Koperal (PA) Mohammad Ismail Mohd. Yunus bersama dua lagi anggota segera ke lokasi sebaik menerima panggilan pada pukul 4.43 pagi.

“Setibanya dilokasi, anggota dimaklumkan terdapat seekor ular berada di dalam reban ayam milik pengadu iaitu wanita berusia 29 tahun. Pasukan mengambil masa tiga minit untuk menangkap seekor sawa batik dengan berat 15 kilogram.

“Selepas tangkap ular tu, anggota membawa balik ular berkenaan ke Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) dan diletak dalam sangkar. Tak lama selepas tu, ular itu muntah semula makanannya iaitu dua ekor ayam,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Ujar Mohamad Ghazali lagi, ular berkenaan akan diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan untuk tindakan selanjutnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI