fbpx

Tiada amalan ketepikan kontraktor daripada parti pembangkang – MB Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saarani pada Majlis Perasmian Expo Hartanah Malaysia (MAPEX) Perak 2024 di Ipoh hari ini. - Foto oleh MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA / KOSMO!

IPOH – Kerajaan Perak menafikan berlaku amalan pilih kasih dalam pemberian sebarang projek kerja dengan mengetepikan kontraktor Kelas F di negeri itu yang berlatarbelakangkan parti pembangkang.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, tiada dalam mana-mana syarat dan dokumen untuk menyertai sebarang tender kerja menyatakan seseorang kontraktor itu daripada parti kerajaan atau pembangkang.

“Tiada dalam mana-mana sijil itu dicop parti kerajaan atau parti pembangkang. Kita pun tidak kenal. Sebagai Menteri Besar, saya tidak tahu mana pembangkang, mana kerajaan.

“Kepada kita, setahu saya di peringkat daerah dia undi, projek-projek ini diundi. Siapa juga yang masuk tender diundi. Itu nasib masing-masinglah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan penganjuran Expo Hartanah Malaysia (MAPEX) Perak 2024 di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Manik, Datuk Zainol Fadzi Paharudin yang membangkitkan rungutan supaya latar belakang politik seseorang usahawan atau kontraktor tidak harus menjadi alasan untuk mereka diberikan peluang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI