fbpx

Tarik lebih banyak syarikat kargo, jadikan KLIA hab utama ASEAN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anthony (tengah) ketika gimik perasmian kerjasama strategik antara MAC dan Unilode di Alibaba Cainiao KLIA, Sepang hari ini. - Foto oleh FAISOL MUSTAFA / KOSMO!

SEPANG – Malaysia mahu menarik lebih banyak syarikat pengangkutan kargo udara dalam usaha menjadikan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebagai hab logistik dan persinggahan utama di rantau ASEAN.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, ini kerana KLIA menawarkan banyak potensi untuk terus berkembang pada masa hadapan dalam perkhidmatan logistik negara.

“Seluruh idea KLIA Aeropolis adalah untuk menjadikan KLIA sebagai hab untuk rantau ASEAN. Ini kerana KLIA memiliki semua faktor diperlukan yang dapat membantu Malaysia untuk terus berkembang.

“KLIA bukan hanya tentang terminal penumpang, kargo (juga) adalah komponen yang sangat penting di KLIA berkembang,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan kerjasama strategik antara MMAG Aviation Consortium Sdn Bhd (MAC) dan Unilode Aviation Solutions di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Anthony Loke berkata, KLIA berpotensi untuk menjadi hab logistik utama di ASEAN berikutan rangkaiannya yang cukup luas.

“Faktor yang saya katakan mengapa KLIA mempunyai potensi untuk menjadi hab utama ASEAN adalah kerana rangkaian kita yang sangat besar.

“Ini adalah kelebihan yang mungkin tidak ramai perhatikan, dalam aspek kesalinghubungan ASEAN, KLIA adalah antara yang terbaik di rantau ASEAN.

“Kerana melalui syarikat penerbangan terutamanya syarikat penerbangan kos rendah, kita terbang ke banyak bandar kedua di ASEAN seperti Indonesia, Thailand dan Kemboja, semua ini terus dari KLIA,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI