fbpx

Remaja sembur cat belakang lori semasa ‘roadblock’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan dua remaja itu berhenti di belakang sebuah lori sebelum melakukan vandalisme. - Instagram

JAKARTA – Perbuatan dua remaja lelaki di Pati, wilayah Jawa Tengah yang melakukan perbuatan vandalisme pada sebuah lori semasa sekatan jalan raya mengundang perhatian orang ramai, lapor portal berita Poskota.co semalam. 

Menerusi rakaman yang dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @funnel media, remaja yang menunggang motosikal itu dilihat menghampiri belakang sebuah lori. 

Selepas lori berhenti, rakannya berdiri dan menyemburkan cat berwarna putih pada kanvas lori tersebut.

Kedua-dua mereka bagaimanapun ditahan polis di lokasi kejadian sejurus lori itu bergerak. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 132,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi daripada netizen. 

“Polis dekat situ: Hai, buat apa tu?” kata seorang netizen secara jenaka. 

“Ini kelakar! Mesti mereka terus rasa berdebar,” sindir netizen lain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI