fbpx

Punca kematian tahanan dalam lokap IPD Pekan dikenal pasti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

KUALA LUMPUR – Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman sudah menyiasat berhubung kes kematian orang dalam tahanan di lokap Ibu Pejabat Polis (IPD) Pekan, Pahang, 4 Mei lalu.

Pengarahnya, Datuk Seri Azri Ahmad berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut selepas laporan bedah siasat mendapati punca kematiannya adalah gantung diri.

Katanya, lelaki berusia 25 tahun itu disahkan meninggal dunia oleh Pegawai Perubatan Hospital Pekan kira-kira pukul 3.10 pagi.

Katanya, bedah siasat telah dijalankan di Hospital Tengku Ampuan Afzan pada hari yang sama.

“Hasil bedah siasat mendapati punca kematian adalah gantung diri dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

“Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan (USJKT) JIPS Bukit Aman akan meneruskan siasatan daripada pelbagai sudut sebelum menyerahkan hasil siasatan kepada koroner,” katanya dalam kenyataan hari ini.

AZRI

Beliau berkata, kes itu telah dirujuk ke Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) dalam tempoh 24 jam pada 4 Mei selaras dengan kehendak Seksyen 26 Akta Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (Akta 839).

Kata Azri, 1 Mei lalu, kira-kira pukul 6.30 petang, Bahagian Siasatan Jenayah IPD Pekan telah menahan lelaki terbabit dipercayai menunggang motosikal curi.

Menurut beliau, kes itu telah disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 selepas ujian saringan air kencing mendapati lelaki berkenaan positif morfin.

“Orang kena tahan (OKT) itu kemudian telah direman selama tiga hari bermula 2 hingga 4 Mei di lokap IPD Pekan,” ujarnya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI