fbpx

PC bakal jadi ‘senjata’ utama Speedy Tigers

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ABBAS (dua dari kiri) dilantik sebagai penolong jurulatih skuad hoki kebangsaan dengan kontrak setahun. - MHC

KEHADIRAN legenda pukulan sudut penalti dari Pakistan, Sohail Abbas sebagai penolong jurulatih kepada Sarjit Singh dilihat mampu menajamkan aspek itu sekali menjadi ‘senjata’ utama buat skuad hoki lelaki kebangsaan.

Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (KHM), Datuk Seri Subahan Kamal meluahkan keyakinan bekas bintang hoki dunia itu akan membawa impak besar, terutama dalam memantapkan aspek pukulan sudut penalti (PC) yang sering menjadi penentu dalam perlawanan.

“Kita memerlukan seorang yang hebat terutamanya dalam membantu menajamkan lagi pukulan sudut penalti. Sebelum ini, kita melantik Chris Ciriello tetapi dia ada komitmen lain.

“Tugas Sohail (Abbas) bukan hanya menajamkan lagi pukulan sudut penalti tetapi pengalaman yang dimilikinya sebagai bekas pemain amat diperlukan untuk memantapkan prestasi skuad kebangsaan,” katanya pada sidang media baru-baru ini.

Kemasukan Abbas yang digelar ‘raja pukulan sudut penalti’ kerana kehebatannya di peringkat antarabangsa, diharap mampu meningkatkan keupayaan Malaysia dalam menjaringkan gol melalui pukulan sudut penalti antara 30 hingga 40 peratus.

Sebagai sebahagian daripada tugas pertamanya, Abbas akan menyertai pasukan ke Johor untuk menilai prestasi semasa para pemain dalam saingan Piala Tun Abdul Razak di samping mengenal pasti bakat-bakat baharu yang berpotensi memperkuatkan pasukan negara.

Sebagai rekod, beliau pernah beraksi di tiga edisi Sukan Olimpik (2000, 2004, dan 2012) dan membantu Pakistan merangkul pingat emas Sukan Asia 2010 selain mencipta rekod 348 gol daripada 311 penampilan sekali gus mengukuhkan statusnya sebagai ikon hoki dunia.

“Saya sangat teruja diberi peluang ini. Malaysia bukanlah negara asing bagi saya kerana saya sering bertanding di sini termasuk di Piala Sultan Azlan Shah. Ia ibarat rumah kedua buat saya,” kata Abbas.

Dengan kontrak selama setahun dan pilihan lanjutan, kehadiranya dijangka memberikan dimensi baharu kepada Speedy Tigers yang kini bersiap sedia menghadapi cabaran di peringkat antarabangsa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI