fbpx

LTdL 2024: TSG cuba bangkit di Sarawak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nur Amirul (jersi putih) berbincang dengan pasukan TSG pada saingan LTdL kali ini. - Foto ihsan TSG

KULAI – Pelumba pasukan Terengganu Cycling Team (TSG), Nur Amirul Fakhruddin Mazuki enggan putus harap dalam usaha mencabar baki perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024 yang akan bermula di Miri, Sarawak esok.

Menurut Nur Amirul, pengalaman berlumba di sekitar Miri sebelum ini turut menyuntik motivasi tambahan bagi memastikan misi untuk berada dalam kelompok hadapan dapat direalisasikan nanti.

“Secara peribadi, saya rasa perlumbaan kali ini agak berbeza dengan pelumba pesaing cukup laju pada setiap peringkat yang diharungi. Namun, kita masih ada baki dua peringkat dan pasukan akan terus cari peluang.

“Mengenai perlumbaan di Miri, saya pernah lumba sekali ketika itu tetapi bukanlah siri jelajah tetapi hanyalah penganjuran tempatan.

“Namun, perlumbaan kaki ini lain macam, kelajuan pelumba lain sangat laju tetapi kita tidak akan berputus asa,” kata pelumba berusia 32 tahun itu.

Sementara itu, Nur Amirul enggan menjadikan ketiadaan pelumba senior, Harrif Saleh yang tersingkir awal ekoran melebihi had masa yang ditetapkan (OTL) di peringkat keempat sebagai pemusnah motivasi rakan-rakan sepasukan.

“Saya rasa (ketiadaan Harrif) sebagai adat perlumbaan. Ada hari pasukan akan bagus dan ada ketika tidak,” kata Nur Amirul yang pernah menang pingat emas temasya Sukan SEA Kemboja 2023.

Pada perlumbaan peringkat keenam di Batu Pahat ke Kulai hari ini, Nur Amirul berjaya menamatkan saingan di kedudukan ke-30 untuk muncul pelumba kedua terbaik negara selepas Ahmad Syazrin Awang Ilah yang mewakili Malaysia Pro Cycling (MPC). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI