fbpx

LTdL 2024: De Kleijn kecewa terlepas gelaran ‘hatrik’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
De Kleijn (kiri) masih mampu tersenyum apabila berjaya merampas jersi jingga pada peringkat keenam hari ini. - Foto SHIDDIEQIIN ZON/KOSMO!

KULAI – Pelumba sensasi Tudor Pro Cycling Team, Arvin De Kleijn dapat merampas jersi jingga sekali gus meraih gelaran Raja Bukit selepas berakhir peringkat keenam Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024 sebentar tadi.

Pada perlumbaan bermula dari Batu Pahat, Johor ke Kulai itu, De Kleijn yang mewakili pasukan bertaraf ProTeam itu berjaya menamatkan saingan di kedudukan ketiga di belakang jaguh Education EasyPost, Stefan De Bod dan juara, Manuele Tarozzi (VF Group Bardiani).

Namun, De Kleijn yang mengumpul 54 mata bagi pertarungan Raja Bukit mengakui kecewa kerana tidak berjaya melakar hatrik selepas mendominasi peringkat keempat dan kelima sebelum ini.

“Kecewa kerana tidak berakhir dengan kejayaan, namun gembira dengan kerjasama rakan sepasukan menarik saya sepanjang perlumbaan. Saya tidak dapat merapatkan diri dengan dua pelumba di depan.

“Bagaimanapun, kami membuktikan sekali lagi mempunyai kekuatan dari segi menarik pelumba dan pakar pecut berkualiti.

“Saya hanya menang dalam kalangan kelompok besar sahaja hari ini, itu antara perkara positif,” katanya selepas tamat perlumbaan.

Peringkat ketujuh esok akan bermula dari Miri ke Bintulu sejauh 199.3km dengan menawarkan tiga zon pecutan di Suai, Nyalau dan Kidurong, manakala zon pendakian pula terdapat di Bintulu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI