fbpx

Lelaki warga emas maut kereta langgar pokok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba mengangkat mayat mangsa yang maut selepas Perodua Kancil dipandunya melanggar pokok di tepi Jalan Kidurong, di Bintulu pagi tadi.

BINTULU – Seorang lelaki warga emas meninggal dunia selepas Perodua Kancil dipandunya melanggar pokok di tepi Jalan Kidurong, di sini pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian kira-kira pukul 8.55 pagi dan segera mengerahkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kidurong ke lokasi.

Katanya, setiba di lokasi mendapati mangsa Dai Swee Fah @ Tai Swee Fah, 67, dalam keadaan tersepit di bahagian tempat duduk pemandu kereta terbabit.

“Pasukan bomba bertindak mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan menyelamat.

“Setelah dapat dikeluarkan, mangsa diserahkan kepada paramedik dan disahkan sudah meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI