fbpx

KPM ambil serius laporan kaitkan guru paling ramai palsu MC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) mengambil serius laporan yang mengaitkan guru sebagai penjawat awam paling ramai memalsukan sijil cuti sakit atau medical certificate (MC).

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, dakwaan itu disifatkan sebagai tidak bertanggungjawab dan memberi persepsi negatif terhadap profesion keguruan.

“Pada waktu ini terdapat lebih 400,000 orang guru di seluruh negara yang menjalankan tanggungjawab dengan penuh komitmen dan integriti.

“Isu itu tidak sepatutnya berbangkit di mana tatakelola penjawat awam sentiasa diberi perhatian bagi memastikan prestasi perkhidmatan terbaik untuk masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Menurutnya, KPM mempunyai peraturan yang jelas bagi menangani isu tatatertib penjawat awam.

“Pemantauan dilaksanakan secara berterusan di setiap peringkat dan penjawat awam yang terlibat dalam sebarang salah laku akan dikenakan tindakan.

“Kerajaan Madani menghargai peranan penting guru membangunkan negara di mana sebagai penghargaan kepada sumbangan guru, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan pelarasan gaji penjawat awam pada bulan Ogos,” katanya.

Pada masa masa, KPM juga melaksanakan pelbagai usaha untuk memelihara kesejahteraan warga pendidik termasuk menerusi tujuh langkah bagi menangani beban tugas guru.

Sebelum ini, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mendedahkan golongan guru adalah kumpulan penjawat awam paling ramai terlibat dalam salah laku memalsukan sijil cuti.

Selain itu, ada juga guru yang dikesan sengaja memohon cuti kecemasan (EL) untuk kepenti­ngan peribadi.

Cuepacs berkata, setiap tahun kira-kira satu hingga dua peratus daripada 10,000 penjawat awam dikenal pasti memberi cuti sakit palsu selain sengaja menggunakan cuti kecemasan semata-mata mahu melanjutkan tempoh bercuti. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI