fbpx

Kononnya untung RM9 juta, pengurus rugi modal melabur RM124,000 lesap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

KOTA TINGGI – Seorang pengurus sebuah syarikat swasta terpaksa menelan kepahitan apabila wang simpanannya RM124,000 ‘hilang’ selepas menyertai skim pelaburan tidak wujud L-Trader.

Lelaki berusia 47 tahun itu pada awalnya tertarik dengan iklan pelaburan dalam Facebook sekitar Mei lalu yang menawarkan keuntungan yang lumayan dan cepat sehingga mencecah jutaan ringgit.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman berkata, mangsa yang tertarik dengan skim pelaburan itu telah diberikan satu ID untuk melihat dan memantau sendiri perjalanan pelaburan tersebut di aplikasi L-Trader.

“Mangsa pada awalnya telah mendapat keuntungan hasil menyertai skim pelaburan ini sebanyak RM55,000 sebagai taktik untuk menyakinkan pelabur untuk terus memasukan modal pelaburan yang lain.

“Yakin dengan taktik itu, mangsa tidak berfikir panjang melakukan 21 transaksi ke akaun berbeza sebagai modal tambahan mencecah RM124,000,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Yusof berkata, mangsa telah terperdaya berikutan sindiket telah memaklumkan bahawa dia telah mendapat keuntungan mencecah RM9 juta.

Namun, harapan mangsa untuk mengeluarkan wang keuntungan itu lebur apabila gagal berbuat demikian selain sindiket gagal dihubungi.

Beliau berkata, susulan rasa diri telah tertipu, mangsa tampil membuat laporan polis semalam. Kes disiasat Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI