fbpx

Johor, Sarawak hujan lebat tengah hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan hujan lebat, angin kencang dan ribut petir akan melanda dua negeri sehingga 12 tengah hari, hari ini.

MetMalaysia dalam satu hantaran memaklumkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di Sarawak.

“Antara kawasan yang terlibat dengan cuaca buruk di Sarawak iaitu Sibu dan Mukah (Matu, Dalat dan Mukah).

“Selain itu, cuaca sama turut melanda negeri Johor di Kota Tinggi,” kata laporan itu hari ini.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter perjam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI