fbpx

Hujan lebat di seluruh negara petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan hujan lebat, dan ribut petir akan melanda 14 negeri sehingga pukul 4 petang hari ini.

MetMalaysia dalam satu hantaran memaklumkan amaran ribut petir dan hujan lebat dijangka berlaku di seluruh negeri Perlis.

“Cuaca sama dijangka melanda beberapa tempat di Kedah iaitu Langkawi, Kubang Pas dan Padang Terap.

“Turut mengalami hujan lebat dan ribut petir di Perak melibatkan kawasan Larut, Matang, Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim.

“Di Kelantan pula dijangka melanda Kuala Krai,” lapor MetMalaysia.

Selain itu, Terengganu juga dijangka akan menerima cuaca sama di Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman.

Begitu juga di Selangor melibatkan kawasan Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.

“Hujan lebat dan ribut petir turut dijangka melanda Pahang (Jerantut dan Maran), Kuala Lumpur, Putrajaya dan Melaka.

“Di negeri Sembilan melibatkan kawasan Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin.

“Johor juga bakal dilanda hujan lebat dan ribut petir di Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat dan Pontian,” katanya.

Menurut MetMalaysia, beberapa tempat di Sarawak juga bakal berdepan cuaca sama iaitu di Kuching, Samarahan, Betong, Sarikei (Sarikei dan Meradong), Mukah (Tanjung Manis, Daro dan Matu), Miri dan Limbang.

“Tidak ketinggalan di Sabah melibatkan kawasan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort, Nabawan, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat dan Sandakan (Tongod, Telupid, Kinabatangan dan Beluran),” lapornya lagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI