fbpx

GISBH: CEO antara 24 disambung reman 7 hari lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Razaruddin.

PETALING JAYA – Seramai 24 individu termasuk Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH), Datuk Nasiruddin Mohd Ali disambung reman tujuh hari lagi mengikut Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, permohonan berkenaan dibuat selepas reman terhadap kesemua individu yang ditahan semula pada Isnin lalu tamat hari ini.

Jelasnya, reman terhadap isteri kepada seorang lagi pemimpin tertinggi GISBH telah dibenarkan sehingga esok.

“Reman individu berprofil tinggi dalam siasatan GISBH termasuk Nasirudin telah dibenarkan sehingga 10 Oktober ini (Khamis).

“Isteri kepada seorang lagi pemimpin kanan GISBH pula disambung reman hingga esok,” ujarnya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan seramai 24 individu termasuk pimpinan tertinggi syarikat itu direman dua kali bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 32(a) Akta Kanak-Kanak dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia serta Seksyen 14 Atipsom pada 19 September lalu.

Mereka ditahan semula bersabit kertas siasatan kes buruh paksa mengikut Seksyen 12 Atipsom, dan direman selama lima hari pada Isnin lalu.

Ujar beliau, seramai 93 ahli GISBH masih lagi direman manakala 34 individu lain ditahan di bawah Sosma.

Semalam, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah membekukan 206 akaun berkait GISBH bernilai lebih RM1.35 juta setakat ini.

Ia melibatkan 205 akaun bank bernilai RM1.35 juta serta satu akaun bank bernilai USD1,344.26 (RM5,688.80)

Pembekuan akaun dan harta berkait GISBH diambil mengikut Seksyen 44(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 (Akta 613) selain turut membekukan pelbagai aset iaitu 31 kereta dan bas pelbagai guna serta 19 lot tanah.

Sebanyak 19 kereta dan sebuah lori, wang tunai RM16,850, dua jam tangan jenama Amazfit dianggarkan bernilai RM600 serta pelbagai jenis haiwan dianggarkan bernilai RM230,000 turut di sita. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI