fbpx

Fujifilm lancar Jelajah Menyebar Senyuman sempena Hari Senyuman Sedunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aragane (tengah) bersama Cheah (kanan) dan Horng pada sesi pelancaran Jelajah Menyebar Senyuman di Putrajaya.

PUTRAJAYA – Fujifilm Malaysia dengan kerjasama dua jenama terkenal, Baskin-Robbins dan Julie’s Biscuits telah melancarkan Jelajah Menyebar Senyuman bagi meraikan kegembiraan dalam kalangan masyarakat.

Jelajah itu selaras dengan tujuan global baharu Fujifilm, iaitu ‘Memberikan Dunia Lebih Banyak Senyuman’ dan akan berlangsung dari 2 hingga 6 Oktober 2024.

Menurut Pengarah Urusan Fujifilm Malaysia, Kensuke Aragane, pihaknya sentiasa komited untuk memberi pengalaman yang menyeronokkan buat seluruh masyarakat dari pelbagai peringkat umur bersempena dengan Hari Senyuman Sedunia.

“Kami sangat teruja untuk melancarkan sesi jelajah ini dengan memberikan senyuman bermakna kepada ramai orang khususnya masyarakat tempatan, yang komitmen kami dalam menyebarkan kegembiraan serta memberi impak yang positif kepada orang ramai.

“Pada tahun lepas kami telah menaja 200 pemeriksaan mamogram percuma bersempena dengan bulan Kempen Kesedaran Kanser Payudara dengan harapan dapat memperkasa wanita untuk menjaga kesihatan diri.

“Tahun ini, kami meneruskan usaha untuk membawa senyuman dalam kalangan masyarakat pelbagai jantina dan peringkat umur dengan misi yang sama melalui Jelajah Menyebar Senyuman,” katanya pada majlis pelancaran baru-baru ini.

Katanya, untuk tempoh lebih 90 tahun, Fujifilm telah berkembang sebagai peneraju global dalam pelbagai sektor industri seperti penjagaan kesihatan, bahan inovatif, inovasi perniagaan dan pengimejan.

Tambah beliau, tanpa sokongan kuat daripada masyarakat, pihaknya tidak akan berada di tahap yang sekarang dan beliau amat berterima kasih kepada orang ramai yang sentiasa menyokong Fujifilm.

Pada sesi jelajah berkenaan, rang ramai boleh menyertai pelbagai aktiviti dan mendapatkan hadiah-hadiah menarik daripada Fujifilm, Baskin-Robbins dan Julie’s Biscuits, serta berpeluang mencetak foto menggunakan Mini Link 3 yang baharu dilancarkan pada 11 September lalu secara percuma.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Baskin-Robbins Malaysia, Charmaine Cheah turut menekankan bahawa kerjasama tersebut dapat memberi peluang kegembiraan di samping berkongsi rasa aiskrimnya yang terbaharu kepada orang ramai.

Pengarah Julie’s Biscuits, Tzy Horng menambah, pihaknya percaya bahawa jelajah tersebut akan memberi impak yang positif terhadap orang ramai dan juga perniagaan. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI