fbpx

Empat rakyat Malaysia selamat tiba di KLIA dari Lebanon pagi tadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PUTRAJAYA – Kementerian Luar Negeri mengesahkan seramai empat orang rakyat Malaysia selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Lebanon pada pagi ini.

Wisma Putra berkata, seorang lagi rakyat Malaysia turut dijadualkan tiba pada petang ini di KLIA

“Kedutaan Besar Malaysia di Beirut telah memudahcara pelepasan mereka dari Beirut melalui pesawat komersial.

“Usaha sedang giat dijalankan untuk memastikan bahawa baki rakyat Malaysia dan ahli keluarga yang masih berada di Lebanon berjumlah 16 orang akan berjaya dievakuasi dengan selamat,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Katanya, kementerian sentiasa komited untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia di Lebanon.

“Kedutaan Besar Malaysia di Beirut akan terus memantau keadaan dan menyediakan bantuan yang diperlukan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI