fbpx

Cabut uban kepala berisiko botak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar yang dimuat naik oleh Public Health Malaysia di Facebook.

PETALING JAYA – Usaha mencabut uban demi penampilan yang lebih muda sebenarnya boleh membuatkan orang ramai lebih berisiko untuk mengalami kebotakan.

Menurut perkongsian Public Health Malaysia (PHM) di Facebook, uban ini terjadi disebabkan oleh penghasilan melanin iaitu pigmen yang memberikan warna pada rambut berkurangan di folikel rambut.

Ini juga terkait dengan beberapa faktor utama, seperti penuaan yang sememangnya membawa perubahan pada rambut, serta faktor genetik yang boleh mempengaruhi kecenderungan seseorang untuk mengalami uban.

“Mencabut sehelai uban tidak mempengaruhi folikel rambut lain atau menghentikan proses semula jadi ini.

“Malah, mencabut uban boleh merosakkan folikel rambut dan menyebabkan masalah seperti kerengsaan kulit kepala atau penipisan rambut di kawasan yang dicabut,” ujarnya.

Tambahnya lagi, apabila folikel rambut telah mengalami kerosakan yang teruk, kemungkinan bagi rambut untuk tumbuh kembali di tempat itu adalah nipis.

“Maksudnya, dulu kita dapat upah cabut uban untuk tugas yang sia-sia,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI